Nekad himpit kenderaan kastam

Azimah (tengah) dan Maimon menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang medianya di sini, hari ini
Azimah (tengah) dan Maimon menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas pada sidang medianya di sini, hari ini
A
A
A

ROMPIN - Seorang pemandu lori nekad menghimpit kenderaan penguat kuasa dalam cubaan melepaskan diri ketika dikejar kerana disyaki membawa rokok seludup di Kilometer 183.5 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 1) berhampiran Maran, pagi semalam.

Ketika kejadian jam kira-kira jam 10.15 pagi itu, pemandu terbabit juga cuba melarikan diri daripada anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang selepas memberhentikan kenderaannya di tengah laluan.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Azimah Abd Hamid berkata, sebanyak 180 kotak berisi 9,000 karton rokok disyaki diseludup ditemui dalam lori 3 tan itu ketika pemeriksaan dilakukan dalam Op Sinar 2019.

Azimah (kanan) dan Maimon menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas
Azimah (kanan) dan Maimon menunjukkan sebahagian rokok seludup yang dirampas

"Lori itu dikesan berada dalam perjalanan dipercayai dari Utara menghala ke Kuala Lumpur dan kesemua rokok dirampas itu dianggarkan bernilai RM144,000 membabitkan cukai lebih RM1.2 juta.

"Kita sedang mengesan suspek berdasarkan nombor pendaftaran lori dan syarikat yang didaftarkan atas kenderaan digunakan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Kastam Pahang, Maimon Zaid di Pejabat Kastam Tanjung Gemok di sini hari ini.

Menurutnya, kes membabitkan rampasan terbesar di Pahang pada tahun ini tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

"Secara keseluruhan sebanyak 4,255 kes penyeludupan dicatatkan dengan nilai cukai lebih RM513 juta, manakala bagi Pahang sahaja, 121 kes direkodkan dengan nilai cukai lebih RM2 juta pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Azimah dan pegawai JKDM Pahang pada sidang media hari ini.
Azimah dan pegawai JKDM Pahang pada sidang media hari ini.

"Dari jumlah kes keseluruhan, lebih 1,400 kes atau lebih 30 peratus melibatkan rokok seludup," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludupan, premis perniagaan yang menyimpan, memiliki, mengangkut barangan seludup diminta melaporkannya di talian aduan penyeludupan 1-800-88-8855 atau 09-5052888.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!