Rumah Putih henti langgan Washington Post, New York Times
WASHINGTON - Di tengah-tengah ketegangan dengan media arus perdana di Amerika Syarikat kian memuncak, Rumah Putih mengarahkan agensi persekutuan di negara itu menamatkan langganan The Washington Post dan The New York Times, lapor agensi berita Xinhua memetik media tempatan.
Menurut Rumah Putih, tindakan itu sebagai langkah berjimat cermat dan mengurangkan kos pembayar cukai.
Bagaimanapun tarikh kuat kuasa menamatkan langganan itu tidak dapat dipastikan.
Langkah berkenaan diambil beberapa hari selepas Presiden Donald Trump dilaporkan berkata, Rumah Putih akan menamatkan langganannya terhadap dua akhbar itu.
"Kami juga tidak mahu akhbar itu ada di Rumah Putih lagi," kata Trump ketika diwawancara Fox News pada Isnin.
Dua akhbar berkenaan dan beberapa media lain sering dikecam Trump kerana laporan mereka yang kerap mengkritik pentadbiran Presiden AS itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!