[VIDEO] Bila suami mahu lepak kedai isteri beri 'bekal'

Paparan Twitter tular di media sosial.
Paparan Twitter tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - "Pandai jaga hati isteri bila nak melepak"

Itu kata-kata seorang pelayar Twitter selepas memuat naik satu video memaparkan salah seorang rakannya membawa beberapa bungkus cili api dan bawang ketika melepak di sebuah kedai makan.

Video durasi 38 saat itu mencuri perhatian netizen yang sehingga kini meraih lebih 136,800 tontonan.

"Cerita dia member nak keluar lepak mamak dengan kawan tapi isteri minta tolong kupas bawang dan potong cili, itu sampai sini (kedai mamak) dia bawa," ciap @Naqiuddin.

Bungkusan cili api dan bawang yang dibawa ke kedai makan.
Bungkusan cili api dan bawang yang dibawa ke kedai makan.

Pada hantaran yang sama netizen turut memuat naik beberapa video yang memaparkan kaum lelaki turut membantu rakan-rakannya membersihkan cili api ketika melepak di kedai makan.

"Baru jadi semalam, tolong member buat persiapan barang niaga," ciap @deyanafitri.

Pengguna Twitter, @syxmilxsyrxff, turut memuji tindakan lelaki itu yang ringan tulang membantu isteri selain menjaga persahabatannya.

Artikel Berkaitan:

"Ni jenis yang tak tinggal kawan dan sayang isteri. Terbaik bro. Hahahahaha," katanya.

Rakan-rakan lain turut membantu membersihkan cili api ketika melepak di kedai makan.
Rakan-rakan lain turut membantu membersihkan cili api ketika melepak di kedai makan.

Ada juga netizen mendoakan kebahagiaan pasangan suami isteri itu.

"Semoga abang dan isteri dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan Insya-ALLAH amin," tulis @ssbarxna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!