Tanah runtuh: Seorang lelaki dipercayai tertimbus
BATU KURAU - Seorang lelaki berusia lingkungan 57 tahun dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah di Jalan Kampung Teras, Kampung Masjid, Ijok di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tanah runtuh pada jam 6.33 petang.
“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau dan Selama dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Dipercayai tanah runtuh terbabit mengenai sebuah rumah di bahagian dapur mengakibatkan seorang lelaki tertimbus. Operasi masih diteruskan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!