Deepavali: Lebuhraya KESAS tawar diskaun tol 10 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Deepavali pada Ahad ini.

KESAS Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, semua kenderaan kelas satu itu akan menikmati diskaun tol berkenaan bermula pada Ahad ini bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.

“Dianggarkan 250,000 kenderaan bakal menikmati diskaun tol 10 peratus itu dengan harga RM1.80. Dengan diskaun berkenaan juga, KESAS menjangkakan jumlah subsidi yang diberikan bagi tempoh itu adalah sebanyak RM50,000,” menurut kenyataan itu.

Katanya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi KESAS di talian 03-56337188 atau melayari laman web www.kesas.com.my serta platform media sosial facebook/lebuhrayashahalam dan laman Twitter @kesastrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!