133 mangsa banjir dipindahkan di Kuala Selangor

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 133 mangsa daripada 34 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor setakat jam 9.30 malam tadi berikutan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak pagi semalam.

Jurucakap Smart Selangor Command Center (SSCC) berkata, tiga PPS berkenaan ialah Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfields yang menempatkan 91 mangsa daripada 24 buah keluarga dan Sekolah Kebangsaan Parit Mahang yang menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga.

"PPS Balai Raya Jaya Setia pula menempatkan 24 orang mangsa daripada lima keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya PPS di Dewan MDKS Desa Coalfields dibuka sejak Rabu lepas manakala dua lagi PPS dibuka hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!