Tiga lelaki cedera dalam insiden pergaduhan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SENTUL - Tiga lelaki cedera dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah bengkel motosikal di Flat Sri Murni Taman Wilayah, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian 1 pagi itu, pengadu berusia 24 tahun bersama dua orang rakannya telah ke rumah suspek untuk mengambil motosikal miliknya yang dibaiki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Heisham Harun berkata, pengadu kemudian melihat motosikal tersebut dalam keadaan tidak sempurna menyebabkan berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara pengadu dan suspek.

“Pengadu mendakwa suspek memukulnya dan dua rakan pengadu menggunakan senjata kayu dan parang,” katanya melalui kenyataan media tadi.

Heisham berkata, akibat pergaduhan itu, pengadu mendapat kecederaan di bahagian jari kanan, leher belakang dan badan belakang, manakala rakan pengadu luka di bahagian siku, tangan dan perut. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!