PBT, bomba siap sedia hadapi banjir: Zuraida

Zuraida (dua dari kanan) yang juga Penaung Program Kayuhan Wanita 2019 bersalaman dengan peserta pada Program Kayuhan Wanita 2019 di Monumen Alaf Baru Presint 2 hari ini. - Foto: Bernama
Zuraida (dua dari kanan) yang juga Penaung Program Kayuhan Wanita 2019 bersalaman dengan peserta pada Program Kayuhan Wanita 2019 di Monumen Alaf Baru Presint 2 hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terutamanya di kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negara kini sudah bersiap sedia 100 peratus bagi menghadapi situasi tersebut, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, di peringkat PBT sudah diwujudkan kumpulan pantas yang akan turun ke padang dengan segera apabila banjir melanda kawasan masing-masing.

"Tahun ini hujan dilihat berlaku lebih awal iaitu pada bulan ini. Saya berdoa tidak ada bencana lebih besar daripada apa yang ada pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan 2,000 peserta Kayuhan Wanita 2019 di sini hari ini.

Zuraida (tiga dari kanan) yang juga Penaung Program Kayuhan Wanita 2019 bergambar kenangan bersama Ikon Selebriti Kayuhan Wanita Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin (empat dari kanan) pada Program Kayuhan Wanita 2019 di Monumen Alaf Baru Presint 2 hari ini. - Foto: Bernama

Sehingga Jumaat, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara adalah seramai 1,351 orang daripada 386 keluarga.

Negeri-negeri yang dilanda banjir ialah Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

MET Malaysia pada 21 September lepas mengeluarkan kenyataan antara lain perubahan angin monsun dijangka bermula 24 September sehingga awal November depan yang boleh mengakibatkan angin kencang, hujan lebat yang berpotensi berlaku banjir di negeri pantai barat Semenanjung, pantai barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Zuraida (tengah) yang juga Penaung Program Kayuhan Wanita 2019 bergambar kenangan bersama para peserta dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Program Kayuhan Wanita 2019 di Monumen Alaf Baru Presint 2 hari ini. - Foto: Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!