'Kalau menang boleh dapat kereta baru ke?'

Paparan video yang memaparkan seorang individu membelasah pemandu kereta Perodua Viva yang kini tular di media sosial.
Paparan video yang memaparkan seorang individu membelasah pemandu kereta Perodua Viva yang kini tular di media sosial.
A
A
A

VIDEO yang memaparkan pergaduhan dipercayai kerana tidak puas hati dengan kemalangan yang berlaku di Taman Sri Sinar, Segambut semalam mengundang pelbagai reaksi warganet.

Video yang berdurasi 37 saat itu yang dimuat naik oleh seorang individu dikenali Deric Teh di Facebook memaparkan pemilik kereta Perodua jenis Viva dibelasah teruk oleh seorang individu walaupun orang awam yang berada di sekitar kejadian cuba menenangkan mangsa.

Namun individu terbabit tidak menghiraukan orang awam yang cuba membantu malah terus memukul pemilik kereta terbabit sehingga terbaring di atas jalan.

Deric dalam hantarannya memberitahu “kemalangan berlaku di Jalan 6/38 A Taman Sri Sinar. Kenapa nak lawan, siapa yang menang, syarikat insurans akan bagi claim kereta baru ke?"

Pihak polis turut mengesahkan kejadian yang berlaku malam semalam membabitkan dua buah kenderaan dan sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.44 malam itu, seorang lelaki berusia 29 tahun sedang memandu kereta Proton jenis Pesona.

“Tiba-tiba dia melihat sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu oleh seorang lelaki India berusia 31 tahun datang dari bertentangan ke arah kereta Pesona dan terus melanggar sebuah motosikal yang melalui sama arah dengannya.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal tersebut telah terkena kereta Pesona terbabit namun pemandunya tidak cedera.

Artikel Berkaitan:

“Penunggang motosikal pula mengalami luka-luka di tangan dan kaki dan kini dirawat di Desa Park City Medical Centre serta belum membuat laporan polis," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga turut membuat saringan air kencing terhadap pemandu kereta Perodua Viva terbabit.

“Kita menasihatkan kedua-dua pemandu kereta tersebut supaya mereka membuat laporan polis di atas perselisihan faham mereka di tempat kejadian dan siasatan terperinci akan dilakukan,” katanya

Tindakan individu tersebut menerima kecaman daripada netizen di Facebook.
Tindakan individu tersebut menerima kecaman daripada netizen di Facebook.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!