Satu PPS di Bukit Mertajam ditutup

No Image Caption
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pusat pemindahan sementara (PPS) Bukit Teh di sini yang di buka semalam selepas kawasan itu di landa banjir kilat berikutan hujan lebat telah ditutup tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, PPS itu yang menempatkan seramai 15 orang termasuk seorang bayi daripada lima keluarga ditutup sepenuhnya tengah hari ini.

"Semua keluarga yang ditempatkan di PPS itu telah kembali ke rumah masing-masing untuk mencuci kediaman mereka selepas air banjir di kawasan Bukit Teh telah surut," katanya di sini hari ini.

Katanya, dua lagi PPS masih dibuka dan sehingga jam 12 tengah hari ini jumlahnya kekal sama seperti pagi tadi iaitu menempatkan 101 mangsa banjir daripada 32 keluarga.

Menurutnya, Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh menempatkan seramai 83 orang termasuk tiga bayi daripada 25 keluarga manakala 26 mangsa banjir termasuk seorang bayi daripada tujuh keluarga berada Tadika Kemas Kampung Manggis. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!