Tun M lawat Green Tech Farm Azersun

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi bergambar bersama pemimpin-pemimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) sebelum majlis pembukaan rasmi Sidang Kemuncak NAM ke-18 di Pusat Kongres Baku, pada Jumaat.
 - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sesi bergambar bersama pemimpin-pemimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) sebelum majlis pembukaan rasmi Sidang Kemuncak NAM ke-18 di Pusat Kongres Baku, pada Jumaat.
 - Foto Bernama
A
A
A

AZERBAIJAN - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat Green Tech Farm milik Azersun Holding semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-18, di sini.

Dr Mahathir diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Yubazlan Yusof.

Kompleks rumah hijau moden seluas 35 hektar yang menggunakan teknologi canggih dalam penghasilan sayur-sayuran organik seperti tomato, terung, timun dan cili itu terletak di pinggir ibu negara Azerbaijan.

Semasa lawatan 40 minit itu, Perdana Menteri diberi taklimat mengenai operasi kompleks berkenaan oleh Naib Presiden Azersun, Tahir Goozal.

Dr Mahathir turut merasa beberapa sayur-sayuran yang dihasilkan di ladang tersebut.

Azersun merupakan konglomerat terbesar dalam pengeluaran makanan, perniagaan dan sektor perladangan di negara itu serta pengeluar dan pengeksport makanan terbesar Azerbaijan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!