PATI Myanmar cuba lari ke Thailand

504963
504963
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am semalam menahan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyusup keluar ke negara jiran menggunakan laluan haram di kawasan ladang getah di Chuping.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, mereka dikesan kerana berada dalam keadaan mencurigakan ketika Op Wawasan kira-kira jam 5.40.

Menurutnya, anggota bertugas menghampiri kumpulan terbabit untuk pemeriksaan dan mendapati kesemua mereka membabitkan warga Myanmar termasuk seorang wanita.

"Kesemua PATI itu berusia di antara 18 hingga 45 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Abdul Ghani memberitahu, pihaknya percaya kesemua PATI terbabit cuba keluar dari negara ini untuk masuk ke Thailand melalui jalan tikus.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26(a) Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!