Dasar Rahmatan Lil Alamin dilaksana sepenuhnya tahun depan

504397
504397
A
A
A

PARIT BUNTAR - Pelaksanaan sepenuhnya dasar Rahmatan Lil Alamin dalam pentadbiran kerajaan dijangka dapat dilakukan pada tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, semua proses untuk melaksanakan dasar tersebut telah diambil termasuk mendapatkan persetujuan serta perkenan daripada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam pada 14 Mac lalu serta Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Jun lalu.

"Semua kementerian juga telah setuju, ia telah dibahaskan dan semua memberikan maklum balas positif, jadi ini bermakna, dasar ini akan dipakai. Saya ada ruang untuk sampaikan dasar ini untuk mengisi pentadbiran Islam dalam negara.

"Kita ada bajet RM10 juta untuk melaksanakan promosi dan taklimat serta pembudayaan Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil Alamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama, dekat sini hari ini.

Semalam, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kertas pelaksanaan dasar pentadbiran Islam baharu melalui pendekatan Rahmah sudah dipersetujui dan mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: