Merajuk sebab salah 'set' pam minyak
SHAH ALAM - Video tular mengenai gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak mencuit hati warganet.
Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.
“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.
Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang merajuk enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.
Gelagat penunggang tersebut yang tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuk penunggang motosikal itu, namun dia bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.
Perkongsian video tersebut kini tular di Facebook yang kini meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penunggang terbabit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!