Diskaun 10 peratus di AKLEH, LKSA
KUALA LUMPUR – Pengguna kelas satu di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus sempena sambutan Deepavali yang bakal esok.
Diskaun bermula dari jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam, hari Ahad 27 Oktober 2019.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pemberian diskaun itu merupakan penghargaan oleh pihak syarikat kepada pengguna yang menjadikan Lebuhraya AKLEH dan Lebuhraya LKSA sebagai laluan pilihan mereka.
PROLINTAS mengucapkan Selamat Deepavali kepada rakyat Malaysia yang meraikannya dan berharap agar semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah di musim perayaan ini.
Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini lebuh raya PROLINTAS menerusi Twitter - @AKLEHtrafik, @GCEtrafik, @LKSAtrafik dan @SILKHighway.
Untuk maklumat lanjut mengenai PROLINTAS, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!