PKR belum buat keputusan permohonan Salleh Keruak: Anwar

Salleh - Foto fail
Salleh - Foto fail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih belum membuat keputusan berhubung permohonan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses permohonan berkenaan masih berjalan setakat ini.

Malah menurutnya, proses permohonan berkenaan akan turut melibatkan pendapat di peringkat cabang dan negeri.

"Belum, (permohonan Salleh Keruak). Ada proses yang masih berjalan.

"Kita ambil keputusan dan biasanya mereka akan ambil pendapat cabang dan negeri," katanya setelah setelah menghadiri Wacana Ilmiah Masa Depan Budaya Ilmu Dalam Peradaban Nusantara di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM) hari ini.

Anwar ketika ditemui media di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui media di sini hari ini.

Sementara itu, Anwar turur mempersoalkan dakwaan yang mengatakan ada PKR negeri bersetuju dengan permohonan berkenaan.

"PKR mana? Kalau PKR Sabah setuju, dia bawa ke PKR pusat dan akan mesyuarat dulu. Kita belum putuskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan menerima permohonan keahlian daripada Salleh secara dalam talian.

Salleh dalam kenyataan dalam laman blognya, sallehsaid.com berkata, keputusan itu dibuat kerana menyifatkan PKR sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politiknya dan juga suasana politik di Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR belum lulus permohonan Salleh Keruak: Anwar

Mesyuarat Biro Politik PKR tentukan permohonan Salleh Keruak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!