Operasi SAR Pitt Hanif sukar

Operasi SAR yang bermula jam 8 pagi tadi di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba Gambar kecil: Firdaus
Operasi SAR yang bermula jam 8 pagi tadi di lokasi kejadian. - Foto ihsan bomba Gambar kecil: Firdaus
A
A
A

LIPIS - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak dramatis terkenal, Fauziah Nawi yang juga seorang pengarah filem yang dikhuatiri lemas sejak semalam sedikit sukar berikutan keadaan arus sungai yang deras.

Mangsa, Firdaus Haniff, 43, atau lebih dikenali Pitt Hanif yang berasal Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur hilang selepas bot fiber dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela dilaporkan terbalik kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, operasi SAR bermula jam 8 pagi tadi melibatkan pencarian di permukaan dan penyelaman.

"Air deras dan arusnya laju menyebabkan kesukaran untuk menyelam selain banyak sampah sarap dan pokok-pokok, namun ia bukan penghalang untuk kita berusaha sebaik mungkin.

"Pencarian dari lokasi mangsa hilang melibatkan jarak 30 kilometer dan buat masa ini mangsa masih belum ditemui, " katanya.

Lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika memancing.
Lokasi mangsa dilaporkan hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika memancing.

Menurutnya, seramai 70 orang terlibat dalam operasi tersebut hari ini melibatkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Raub serta polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakannya di lokasi tersebut dibawa arus Sungai Jelai selepas bot fiber dinaiki terbalik, namun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah filem dikhuatiri lemas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!