KDEBWM ambil alih kutipan sampah MBSA

Ramli
Ramli
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) akan mengambil alih perkhidmatan pengurusan sampah dan sisa pepejal di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 1 Januari depan.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, isu pengambilalihan itu akan dimuktamadkan dalam pertemuan yang diadakan Khamis ini.

Menurutnya, KDEBWM telah membuat persediaan untuk pengambilalihan pihak berkuasa tempatan (PBT) terakhir di Selangor itu.

"Pengambilalihan itu tertangguh hampir setahun juga disebabkan beberapa isu teknikal namun kerajaan negeri putuskan prosesnya dijangka pada 1 Januari ini.

"KDEBWM telah membuat persiapan dan dengan pengalaman kita di 11 PBT, kita akan gunakan sebaiknya. Kita dah ada data MBSA untuk olahan selain kelulusan pembelian lori baharu dari agensi kerajaan serta pasukan KDEBWM yang ditempatkan ke MBSA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah Urusan KDEBWM 2019 bertempat di padang Rhino di sini semalam.

Ramli berkata, KDEBWM bakal memberikan fokus penambahbaikkan sistem dan program kitar semula selepas urusan pengambilalihan kontraktor sampah di MBSA selesai tahun hadapan.

"Kutipan sampah sehari di Selangor adalah 10,000 tan (7,000 tan sampah domestik, 3,000 tan sampah pukal), jika boleh masukkan lima peratus sampah itu dalam kitar semula kita mampu menyumbang kepada pengurangan sisa sampah yang boleh menjadi sumber pendapatan dan beri manfaat kepada komuniti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!