Bangunan pejabat musnah 90 peratus

Sebuah bangunan pejabat terbakar di Ladang Kemasan, Batu 4, Jalan Kampung Kuantan di sini tengah malam tadi.
Sebuah bangunan pejabat terbakar di Ladang Kemasan, Batu 4, Jalan Kampung Kuantan di sini tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebuah bangunan pejabat musnah dalam kebakaran di Ladang Kemasan, Batu 4, Jalan Kampung Kuantan di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.09 tengah malam.

Menurutnya, pasukannya diketuai Komander Operasi, Rozali Jaimi bersama jentera dikerah ke tempat kejadian.

"Sejurus tiba, didapati api sedang marak dan bangunan berkeluasan 20x30 terbakar 90 peratus," katanya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!