Mangsa kontena sempat mesej ibu sebelum maut
LONDON - "Saya sayang ibu, saya minta maaf," itu kata-kata terakhir seorang warga vVietnam yang menjadi seorang mangsa permerdagangan orang sebelum ditemukan mati bersama 38 pendatang lain di dalam kontena di England, baru-baru ini.
Mesej terakhir milik Pham Thi Tra My, 26, kepada ibunya dihantar pada jam 10.28 malam (waktu tempatan) pada Selasa lalu sebelum tular di media sosial.
Daily Mail melaporkan, ibunya menerima mesej itu dua jam sebelum trak berkenaan tiba di Amerika Syarikat dari Belgium selepas wanita itu perlu membayar £30,000 (RM161,000) untuk ‘perjalanan VIP’ ke United Kingdom (UK) yang dijamin selamat.
Ibu bapanya, Nguyen Thi Phong and Pham Van Thin menyifatkan berita yang diterima dari anak kesayangan mereka adalah 'cukup pedih' kerana mengetahui dia akan mati pada bila-bila masa.
"Dia beritahu, 'Saya minta maaf, ibu. Perjalanan ini tidak berjaya. Saya amat sayang ibu. Saya akan mati kerana tidak dapat bernafas.'
"Saya kehilangan kedua-duanya, anak kesayangan dan duit. Mereka (penyeludup manusia) memberitahu laluan itu selamat dan mereka juga tidak diberitahu bagaimana mereka mahu membawa Pham Thi Tra My ke sana. Jika saya tahu mereka melakukan perkara yang sangat kejam, pasti saya tidak izinkan dia pergi," katanya Pham Van Thin kepada CNN.
Dalam pada itu, pemandu trak yang membawa 39 individu yang ditemukan mati dalam sebuah kontena sejuk beku di Essex, Rabu lalu, didakwa atas tuduhan membunuh dan pemerdagangan manusia.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu trak bawa 39 mayat didakwa
Pada Rabu lalu, Polis Britain telah memulakan proses memindahkan 39 mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan bogel atau hampir tidak berpakaian di sebuah kontena sejuk beku di Essex.
Polis Britain sebelum ini memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua 31 lelaki dan lapan mayat wanita yang ditemui dalam sebuah lori di kawasan perindustrian Essex minggu lalu adalah rakyat China.
Bagaimanapun, beberapa keluarga di Vietnam tampil dan memberitahu kehilangan ahli keluarga mereka yang cuba menyeludup masuk ke Britain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!