Mohd Anuar dalam pemerhatian rapi
TEMERLOH - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Tahir masih berada dalam pemerhatian rapi sejak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Jumaat lalu.
Sumber berkata, buat masa ini ahli Parlimen Temerloh itu masih berada HKL sehingga keadaan beliau benar-benar pulih.
Menurutnya, pada hari kejadian Mohd Anuar berada di pejabat di Kuala Lumpur.
Pada Jumaat lalu, Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) dikejarkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Anuar stabil, dinasihat supaya berehat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!