Allahyarham Pitt Haniff selamat dikebumikan
Terdahulu jenazah Allayahyarham yang juga anak kepada pelakon Fauziah Nawi dibawa dari Hospital Kuala Lipis sekitar jam 10.30 malam dan tiba di Kuala Lumpur dua jam kemudian.
Jenazah seterusnya dibawa ke rumah ibunya di Taman Melati sebelum dikebumikan. Selain keluarga, ramai kenalan dan rakan dalam industri turut sama hadir untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Pengarah filem Coast Guard itu meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad dan tiga orang cahaya mata.
Pada Sabtu lalu, Allahyarham dilaporkan hilang di Sungai Jelai, Kg Mela, Kuala Lipis Pahang, apabila bot fiber yang dinaiki bersama seorang rakannya ketika memancing, terbalik selepas berlanggar dengan tiang jambatan Gemunchur.
Jenazah Allahyarham ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada jam 4.25 petang Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!