Mangsa banjir di Kuala Selangor terus meningkat
SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Selangor terus mencatatkan peningkatan pada pagi ini apabila seramai 784 orang mangsa terpaksa dipindahkan akibat bencana itu setakat jam 8 pagi ini.
Jurucakap Smart Selangor Command Centre berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang kini menempatkan 581 orang daripada 160 keluarga berbanding 492 orang daripada 138 keluarga sebelum ini.
"PPS di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor Desa Coalfields mencatatkan sedikit penurunanan apabila terdapat 85 orang mangsa berbanding 89 orang pada petang semalam.
"PPS SK Jaya Setia kini menempatkan 47 orang daripada 15 buah keluarga manakala SK Ijok pula 71 orang daripada 49 buah keluarga berbanding 32 orang daripada 10 keluarga semalam," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!