Bilangan mangsa banjir meningkat kepada 1,676 orang

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 1,676 orang daripada 466 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 1,183 mangsa daripada 350 keluarga pada jam 8 malam semalam.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), seramai 784 mangsa daripada 245 keluarga dipindahkan ke empat pusat penempatan sementara (PPS) di Kuala Selangor, Selangor.

Di Johor, seramai 341 mangsa daripada 91 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS dengan empat daripadanya baru dibuka di Kluang dan Kulaijaya manakala selebihnya di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Di Perak, jumlah mangsa terlibat ialah 368 orang daripada 84 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS di Hilir Perak dan masing-masing satu satu di Kerian dan Batang Padang (baharu dibuka).

Di Seberang Perai, Pulau Pinang, bilangan mangsa banjir kekal 137 orang daripada 31 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Di Kedah pula, sebuah PPS baharu dibuka di Kulim Kedah yang menempatkan 21 mangsa daripada lima keluarga manakala satu lagi PPS dibuka di Pendang semalam menempatkan 40 orang daripada 15 keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!