Johor penyumbang keempat terbesar ikan negara

Salahuddin ketika melawat ruang pameran pada sambutan Hari Perikanan di Pusat Perdagangan Pontian. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Salahuddin ketika melawat ruang pameran pada sambutan Hari Perikanan di Pusat Perdagangan Pontian. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PONTIAN - Johor berpotensi menjadi negeri keempat penyumbang terbesar kepada pengeluaran perikanan negara apabila menghasilkan kira-kira 65,000 tan metrik ikan setahun melibatkan hampir 10,000 nelayan dan 700 penternak akuakultur.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Pontian menyumbang 10,300 tan metrik ikan setahun dengan anggaran nilai sehingga RM90 juta kepada negeri ini dengan seramai 2,431 nelayan.

Beliau berkata demikian pada perasmian sambutan Hari Perikanan di Pusat Perdagangan Pontian di sini bersempena Road To Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019.

Pada program berasingan, seramai 81 agropreneur muda dari negeri ini mengikuti Kursus Asas Industri Asas Tani di Kukup Golf Resort.

Kursus bertujuan meningkatkan pengeluaran hasil dan pendapatan golongan usahawan muda itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dr Zunika Mohamed.

No Image Caption

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

No Image Caption

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!