Bekas perenang negara harap buku beri inspirasi kepada atlet muda

Robert (tiga, kanan) bersama Penolong Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Sieh Kok Chi (tiga, kiri) pada pelancaran buku memoirnya yang bertajuk 'Everything Is A Story' di Muzium Sukan Majlis Olimpik Malaysia hari ini. - Foto Bernama
Robert (tiga, kanan) bersama Penolong Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Datuk Sieh Kok Chi (tiga, kiri) pada pelancaran buku memoirnya yang bertajuk 'Everything Is A Story' di Muzium Sukan Majlis Olimpik Malaysia hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BEKAS perenang kebangsaan, Datuk Robert Lim berharap buku hasil penulisannya bertajuk “Everything is a story”-The Memoirs of Dato’ Robert Lim” akan memberi inspirasi kepada atlet muda untuk melakar kegemilangan dalam sukan.

Lim, anak kelahiran Kedah berusia 70 tahun itu berkata buku tersebut hanya akan diedarkan kepada atlet muda dan sekolah terpilih bagi memberi motivasi kepada mereka untuk cemerlang dalam sukan dan menambah buku itu akan dicetak dalam dua versi – bahasa Inggeris dan Cina.

“Saya melancarkan buku iniI untuk memotivasikan golongan muda yang mengambil bahagian dalam sukan untuk memberitahu bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini.

“Saya juga berharap lebih ramai anak muda dan pegawai yang aktif dalam sukan membaca buku ini dan memperoleh inspirasi untuk mencapai kejayaan besar dalam kerjaya mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan buku itu, di sini hari ini.

Antara pencapaian Lim sebagai perenang ialah merangkul dua pingat emas pada Kejohanan Negeri Pulau Pinang 196, selain meraih pingat emas dalam acara 50 meter gaya bebas (kategori 65-70 tahun) pada Kejohanan Renang Antarabangsa Malaysia 2017.

Beliau juga pernah mewakili Malaysia pada Sukan SEAP (sekarang dikenali Sukan SEA) ketiga 1965 di Kuala Lumpur tetapi tidak memenangi sebarang pingat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!