'Aku cemburu dengan kau, Pitt Hanif'
BERITA pengarah, Pitt Hanif dihanyutkan arus sungai setelah jatuh ketika memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang dan ditemui sudah tidak bernyawa bukan sahaja memberikan kesan kepada keluarga tetapi juga penggiat seni yang lain.
Rata-rata terkejut dengan tragedi yang menimpa anak kepada seniwati Fauziah Nawi itu, apatah lagi, Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif, baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Coast Guard di Jerantut beberapa jam sebelum kejadian berlaku.
Antara yang turut terkesan dengan pemergian Pitt, 43, adalah aktor Beto Kusyairi.
Menurut Beto, dia berasa cemburu dengan Pitt kerana semua yang pernah berkawan atau bekerja dengan arwah, menyayanginya.
"Aku cemburu dengan kau, Pitt Hanif. Cemburu sebab semua yang berkawan atau yang pernah bekerja dengan kau tak kira bangsa dan agama, semua sayang kau.
"Kau istimewa Pitt..sungguh tapi apalah makna sayang kami nak dibanding dengan sayangnya ALLAH pada kau.. Masya ALLAH Pitt," tulisnya menerusi laman Twitter.
Turut sama terkesan adalah pelakon, Nora Danish.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga arwah, Nora juga turut mendoakan Fauziah, isteri dan seluruh keluarga arwah diberikan kekuatan.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah buat Allahyarham Pitt Hanif. Semoga menempatkan arwah dalam kalangan yang terpuji. Al Fatihah.
"Ya ALLAH, berikanlah kekuatan buat ibu Fauziah Nawi, isteri dan seluruh keluarga arwah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat pengarah filem Pitt Hanif ditemukan
Aku envy dengan kau @pitthanif. Envy sebab semua yang berkawan atau yang pernah bekerja dengan kau tak kira bangsa & agama, semua sayang kau. Kau istimewa Pitt..sungguh.
— Beto Carotene (@Beto_Kusyairy) October 27, 2019
Tapi apalah makna sayang kami nak dibanding dengan sayangnya Allah pada kau..masyaAllah Pitt pic.twitter.com/4AxCHCZtED
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!