Ambil gambar kemudian hantar pulang

Keluarga Rohingya terbabit mengambil gambar bersama pasukan keselamatan India dan Myanmar.
Keluarga Rohingya terbabit mengambil gambar bersama pasukan keselamatan India dan Myanmar.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. India telah menghantar pulang keluarga Rohingya ke Myanmar walaupun berdepan amaran mereka mungkin menghadapi penganiayaan di negara tersebut.

Polis pada Khamis memberitahu pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka itu ditahan dan dipenjarakan di negeri Assam pada 2014 kerana memasuki negara itu tanpa dokumen sah.

"Kesemua mereka telah melintasi sempadan dan diserahkan kepada pegawai Myanmar," lapor media tempatan memetik kenyataan jurucakap polis, Bhaskar Jyoti Mahanta.

Gambar dari pihak berkuasa sempadan India-Myanmar menunjukkan keluarga tersebut turut bergambar dengan anggota keselamatan kedua-dua negara sebelum proses deportasi itu.

"Kami akan menghantar mereka pulang sebaik sahaja mendapat permit perjalanan dari negara itu. Kebanyakan mereka menyusup masuk ke negara ini kerana mahu memulakan kehidupan baharu," ujarnya.

Oktober lalu, India menghantar pulang tujuh lelaki Rohingya ke Myanmar hingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan golongan itu yang khuatir akan menerima nasib sama seperti mereka.

Data kerajaan New Delhi menunjukkan Pasukan Keselamatan Sempadan telah menahan 230 pelarian Rohingya sehingga akhir November lalu.

India menganggarkan 40,000 pelarian Rohingya tinggal di kem sementara di seluruh negara. - Press TV

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!