Tengku Amir Shah sampai sumbangan persekolahan

Tengku Amir Shah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Back to School di SCCC.
Tengku Amir Shah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan Back to School di SCCC.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat menyampaikan sumbangan persekolahan bagi Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) sebanyak RM120, 000 kepada anak-anak yatim yang berdaftar di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) hari ini.

Pada majlis sama, Tengku Amir Shah turut berkenaan mewakili YIDE menerima replika kenderaan pelbagai guna (MPV) Isuzu D-Max bernilai RM134, 689.70 yang diserahkan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif CSR, Hishammudin Hasan.

Sumbangan kenderaan kepada YIDE bertujuan memudahkan aktiviti kebajikan khususnya berkaitan pengurusan anak-anak yatim dan membantu mangsa yang ditimpa musibah.

Baginda yang tiba di Setia City Convention Centre (SCCC) turut berkenan menyerahkan sumbangan dana sebanyak RM561, 000 kepada 15 rumah kebajikan anak yatim yang berdaftar di bawah YIDE melalui peruntukan Asnaf Fisabilillah Lembaga Zakat Selangor.

Peruntukan yang diterima rumah kebajikan anak yatim itu akan digunakan bagi menampung kos operasi dan pentadbiran selain program di rumah kebajikan tersebut.

Seramai 500 anak yatim menerima sumbangan pakaian sekolah dan peralatan persekolahan seperti kasut, stoking, alat tulis, pensel mewarna dan beg sekolah pada sesi persekolahan tahun depan.

Pengerusi YIDE, Datuk Bakhtiar Hussin berkata, program 'Back to School' yang diadakan setiap hujung tahun itu memasuki edisi ketiga setelah projek perintis bersama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dilaksanakan pada tahun 2017.

"Jalinan kerjasama YIDE bersama CSR memasuki tahun kedua bertujuan membantu menyediakan persiapan anak-anak yatim bagi sesi persekolahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras) sebagai rakan kerjasama YIDE tahun ini dipertanggungjawabkan untuk membekal keperluan tersebut.

"Pakaian sekolah yang diberikan kepada anak-anak yatim ini dijahit sendiri oleh golongan asnaf Lembaga Zakat Selangor yang diberikan latihan oleh Teras," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!