'Disorok bunian', gadis ini kongsi pengalaman

Zainie (kanan) bersama kakaknya dipercayai pernah disorok bunia ketika usia 15 tahun dan Paparan Twitter Zainie tular di media sosial.
Zainie (kanan) bersama kakaknya dipercayai pernah disorok bunia ketika usia 15 tahun dan Paparan Twitter Zainie tular di media sosial.
A
A
A

MACHANG - Misteri alam bunian sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, perkongsian seorang gadis di Twitter mengenai pengalaman kakaknya dipercayai hilang selama dua hari ada kaitan dengan makhluk halus nyata menarik perhatian warganet.

Zainie Ibrahim, 23, berkata, kisah itu berlaku 10 tahun lalu di Kampung Machang, Ajil, Hulu Terengganu.

Menurut anak keenam dari sembilan beradik itu, kakaknya Zainab, 25, dipercayai disorok oleh bunian selama dua hari selepas bermain di kebun getah pada waktu petang.

"Sebelum kejadian, saya dan kakak bermain sorok-sorok dan pulang ke rumah seperti biasa. Kemudian apabila waktu Maghrib, sikap kakak berubah dan dia tidak mahu pergi mengaji.

"Apabila jam 4 pagi, dia tiba-tiba bangun tidur meminta lampu picit daripada ibu untuk pergi ke tandas. Ketika itu tandas kami di luar rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Zainie berkata, kakaknya disedari hilang selepas subuh kerana dia tidak pulang ke rumah selepas pergi ke tandas.

"Ibu minta temankan kakak tetapi dia menolak. Kira-kira jam 7 pagi, semua adik-beradik bangun dan bersiap untuk ke sekolah tetapi kakak tiada dalam rumah. Ibu pergi ke tandas pun tak nampak kelibatnya, panggil nama dia tak menyahut.

Artikel Berkaitan:

"Keluarga ada tanya kepada jiran-jiran kalau ternampak kakak, mereka cuma cakap ada nampak orang bawa lampu suluh daki bukit belakang rumah, kemudian tiga ekor ayam ikut dari belakang," katanya.

Selepas itu katanya, ahli keluarga membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Jelasnya, selama dua hari pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan solat hajat bagi menemui petunjuk.

"Ibu ada bermimpi nampak kakak berada di kebun itu dan menguatkan lagi pencarian di lokasi tersebut.

"Imam pula meminta orang kampung melaungkan azan empat penjuru di kebun dan secara tiba-tiba pak cik dirasuk. Pakcik tidak sedarkan diri dan berkata, "jangan ganggu tempat ini".

"Sekali lagi azan berkumandang di kawasan itu, akhirnya kakak ditemui duduk di celah batu, bercakap seorang diri. Bila namanya dipanggil, dia hanya membatu," ujarnya.

Selepas insiden misteri itu Zainie memberitahu, kakaknya yang juga anak kelima itu sering melihat entiti dan mengalami histeria.

"Jika difikirkan macam tidak logik tetapi keluarga kami hanya fikir positif dan anggap ada hikmah di sebalik kejadian tersebut," katanya.

Zainie turut berkongsi pendapat mengenai kehilangan Mohamad Ashraf Hasan atau lebih mesra dipanggil Acap ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail, 23 Mac lalu.

"Tidak mustahil Acap betul-betul disorok bunian berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui kakak saya.

"Cuma dengan kuasa ALLAH, kakak saya jumpa balik. Saya berharap agar Acap dapat dijumpai dengan ketentuan ALLAH SWT," katanya.

Terdahulu, perkongsian kisah misteri kakak Zainie mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi kisah yang sama pernah dialami mereka.

my sister pernah kena sorok bunian 2hari when she was 15 years old sampai kena berhenti sekolah.. cari punya cari jumpa celah batu dlm kebun getah belakang rumah pakai baju kurung serba kuning walhal malam tu she slept dgn tshirt hitam seluar merah https://t.co/q7wqDKHumV

— Zainie Ibrahim (@AlangZainie) October 24, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!