'Jangan buat spekulasi'

Tular di Facebook dan media sosial beberapa keping gambar menunjukkan beberapa ekor anjing ditemui mati di satu kawasan di Kota Kemuning. - Foto Facebook
Tular di Facebook dan media sosial beberapa keping gambar menunjukkan beberapa ekor anjing ditemui mati di satu kawasan di Kota Kemuning. - Foto Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penemuan lima ekor anjing mati di kawasan berhampiran Jalan Anggerik Mokara 31/57 dan 31/58 Kota Kemuning di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kes itu dilaporkan oleh seorang wanita tempatan yang mahu memberi makan kepada kira-kira 15 ekor anjing jalanan itu.

"Jarak di antara lokasi tersebut dengan rumah wanita itu kira-kira enam kilometer. Apabila sampai wanita tersebut mendapati tiga ekor anjing terbaring mati di atas lantai dan penutup longkang kawasan tersebut.

"Wanita tersebut turut dimaklumkan oleh seorang lelaki warga Bangladesh bahawa terdapat dua ekor anjing lagi dijumpai mati di Food Court Jalan Anggerik Mokara 31/50," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati wanita tersebut tidak pasti punca kematian anjing itu yang didapati keluar darah dari telinga dan hidung.

Bangkai lima ekor anjing tersebut akan dihantar ke Hospital UPM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - Foto sumber Facebook
Bangkai lima ekor anjing tersebut akan dihantar ke Hospital UPM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. - Foto sumber Facebook

"Wanita tersebut bersama rakannya kemudian menanam bangkai anjing tersebut di dua lokasi kawasan tanah lapang sekitar tempat haiwan itu ditemui mati.

"Siasatan awal mendapati kawasan tempat kejadian adalah deretan bangunan dua tingkat. Buat masa ini tiada maklumat positif berkaitan kejadian dan semua perusahaan di kawasan tersebut tutup sempena cuti Deepavali.

Artikel Berkaitan:

"Tiada saksi yang melihat bagaimana anjing tersebut mati," katanya.

Baharudin berkata, tiada kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian dan pengawal kilang hanya mendengar bunyi mercun selain hujan sepanjang hari.

"Siasatan dijalankan mendapati wanita terbabit memberi anjing tersebut lebihan makanan di rumahnya seperti nasi dan ayam serta biskut makanan anjing yang dibeli," katanya.

Jelasnya, kawasan tempat kejadian adalah jauh dari taman perumahan.

"Bangkai lima ekor anjing tersebut akan dihantar ke Hospital UPM bagi bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Kes disiasat bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan.

"Saksi diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Elaine Lee di talian 016-2398565 atau 03-55202222.

Terdahulu, tular di Facebook dan media sosial lain beberapa keping gambar menunjukkan beberapa ekor anjing ditemui mati di satu kawasan di Kota Kemuning di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!