Brexit ditangguh sehingga 31 Januari
BRUSSELS - Anggota Kesatuan Eropah (EU) hari ini bersetuju menangguhkan Brexit selama tiga bulan, kurang 90 jam sebelum Britain keluar dari blok itu tanpa sebarang perjanjian kesepakatan.
Tarikh akhir seterusnya adalah pada 31 Januari dan penangguhan itu juga membolehkan Britain meninggalkan EU lebih awal sekiranya London mengesahkan perjanjian untuk menarik diri sebelum tarikh yang disebut.
"27 negara anggota EU setuju menerima permohonan United Kingdom untuk menangguhkan Brexit sehingga 31 Januari 2020.
"Keputusan itu diharap dapat dibuat secara rasmi melalui prosedur bertulis," umum Presiden EU, Donald Tusk dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Sebelum ini, Brexit telah ditangguhkan dua kali pada 29 Mac dan 12 April selepas bekas Perdana Menteri, Theresa May gagal mendapatkan kesepakatan melalui Parlimen Britain. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!