Lelaki Rohingya ditahan bersama dadah bernilai RM20 juta
DHAKA - Polis Bangladesh menahan seorang lelaki Rohingya bersama pil methamphetamine bernilai AS$5 juta (RM20 juta).
Ia adalah rampasan narkotik terbesar polis negara itu bagi tahun ini.
Polis mengadakan serbuan di sebuah pantai di Cox’s Bazar di sempadan Myanmar pada Ahad selepas mendapat maklumat ada pukat tunda yang membawa dadah mendarat di kawasan itu.
Seorang jurucakap berkata, sebanyak 800,000 pil ditemui di dalam karung dan seorang lelaki Rohingya ditahan manakala beberapa yang lain telah melarikan diri.
Sejak tindakan tegas dilancarkan tahun lalu, lebih 500 pengedar dadah termasuk 25 warga Rohingya telah ditembak mati oleh polis dan pasukan keselamatan. – AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!