EPL: Manchester United rekod jaringan ke-2,000

A
A
A

GOL pemain tengah Manchester United, Scott McTominay ketika aksi menentang Norwich City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road awal pagi tadi membolehkan The Red Devils menjadi kelab pertama liga elit itu merekodkan jaringan ke-2,000.

Jaringan pemain produk akademi The Red Devils berusia 22 tahun itu terhasil pada minit ke-21 selepas beliau melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol The Canaries, Tim Krul pada perlawanan yang menyaksikan pelawat menang 3-1 ke atas tuan rumah.

Untuk rekod Arsenal berada pada kedudukan kedua dengan 1,860 gol diikuti Liverpool (1,795) dan Chelsea (1,793) ketiga.

Penyerang Mark Hughes menjadi pemain pertama menjaringkan gol pada pentas EPL ketika menewaskan Sheffield United 2-1 pada 15 Ogos 1992.

Cristiano Ronaldo pula memastikan The Red Devils menjadi kelab pertama menjaringkan gol ke-1,000 hasil tandukan ketika tewas 4-1 kepada Middlesbrough pada Oktober 2015.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!