Spesies baharu ditemui dalam mulut ikan paus

Makhluk kecil sepanjang 3 hingga 5 sentimeter itu adalah daripada spesies gammaridea dan keupayaannya untuk hidup dalam persekitaran pelbagai dan berbeza.
Makhluk kecil sepanjang 3 hingga 5 sentimeter itu adalah daripada spesies gammaridea dan keupayaannya untuk hidup dalam persekitaran pelbagai dan berbeza.
A
A
A

TOKYO - Sekumpulan penyelidik di Jepun dilaporkan menemui spesies udang baharu ditemui dalam mulut ikan paus.

Makhluk kecil yang biasanya sepanjang 3 hingga 5 sentimeter itu adalah daripada spesies gammaridea dan keupayaannya untuk hidup dalam persekitaran pelbagai dan berbeza dari gunung tinggi sehingga ke laut dalam.

Penyelidik, Ko Tomikawa dari Universiti Hiroshima bagaimanapun menyifatkan penemuan udang kecil itu yang tinggal dalam mulut haiwan lain sangat mengejutkan.

Menurut Tomikawa, terdapat beberapa sebab yang membuatkan haiwan itu memilih lokasi tidak dijangka.

"Mulut ikan paus mungkin habitat yang baik kerana mempunyai aliran air laut segar yang ia perlukan untuk bernafas selain faktor makanan.

"Selain itu, ia juga adalah tempat yang selamat daripada sebarang pemangsa," katanya.

Variasi spesies baharu itu ditemui selepas Tomikawa dihubungi sebuah akuarium di selatan wilayah Okinawa yang ingin tahu tentang makhluk yang hidup di dalam mulut haiwan pemangsa tersebut.

Tomikawa juga memberitahu, kira-kira 1,000 makhluk itu ditemui di bahagian insang ikan paus. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!