Masjid terapung pertama di Malaysia
Masjid Tengku Tengah Zaharah merupakan masjid terapung yang pertama di Malaysia yang menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan seni bina tempatan.
Masjid bernilai RM6.997 juta yang terletak di Kuala Ibai, dibina pada September 1991 dan siap pertengahan 1994.
Masjid yang dibina di atas air di muara Sungai Ibai dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu yang ke-17, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Almarhumah Tengku Tengah Zaharah Almarhum Tengku Setia Diraja Tengku Omar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!