Armada dakwa Zahid Hamidi takut kepada MCA

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi takut kepada MCA kerana telah 'diarahkan' untuk tutup mulut supaya tidak mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada kali ini.

Exconya, Muzzammil Ismail mendakwa, UMNO yang sebelum ini lantang mendesak DAP berkaitan isu Melayu Islam terpaksa mengikut rentak MCA yang cuma mempunyai satu kerusi Parlimen.

"Di sini kita melihat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai kelebihan besar untuk mengemudi parti itu berbanding Ahmad Zahid.

"Namun lebih baik Tok Mat memikirkan tentang apa yang disebut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kesatuan kuasa politik orang Melayu tanpa Ahmad Zahid," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Ahmad Zahid pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) berkata, pihaknya menyerahkan soal pengumuman calon kepada Pengerusi BN Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad untuk mengumumkannya pada masa yang sesuai.

"Saya umumkan calon BN bahawa kami memberikan kuasa kepada Datuk Hasni untuk mengumumkannya dalam waktu yang paling sesuai.

"Saya lancarkan secara rasmi Jentera Pilihan Raya BN Tanjung Piai," katanya.

Mengulas lanjut, Muzzammil berkata, calon daripada Bersatu mewakili Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini lebih berwibawa dan kuat daripada segi watak agama, Melayu serta disenangi masyarakat setempat selain berpengalaman dalam politik.

Artikel Berkaitan:

"UMNO sedang bergolak teruk dan menghadapi tekanan kuat dalam menentukan calon mereka.

"MCA lebih awal memberi amaran akan keluar parti jika calon mereka tidak diletakkan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya 'diarah' jangan umum calon hari ini: Ahmad Zahid

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!