Lari sampai terbabas dalam longkang

Barangan yang ditemui pada suspek dan Motosikal curi yang digunakan suspek dengan nombor pendaftaran palsu. Foto: Polis Johor
Barangan yang ditemui pada suspek dan Motosikal curi yang digunakan suspek dengan nombor pendaftaran palsu. Foto: Polis Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cubaan seorang lelaki melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal untuk mengelak daripada ditahan polis gagal selepas dia terbabas ke dalam longkang di Pekan Nenas awal pagi tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek yang berusia 27 tahun melarikan diri ketika anggota polis mendekatinya untuk membuat pemeriksaan pada jam 2.45 pagi tadi.

"Anggota terserempak dengan suspek di tepi Jalan Johor Bahru-Pontian, Kangkar Pulai namun suspek memecut motosikal ke arah Pekan Nenas.

"Bagaimanapun suspek berjaya ditahan selepas motosikalnya terbabas masuk ke dalam sebuah longkang di kawasan perumahan Taman Kiara. Dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati motosikal Honda Wave yang ditunggang suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan hilang di Pekan Nenas.

"Polis turut menemui sebuah beg merah yang mengandungi tiga pemotong dan dua spanar yang dipercayai untuk pecah masuk rumah. Suspek juga didapati positif methamphetamine," katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut kes tersebut masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!