Tu dia...buaya tembaga di Sungai Batu Pahat

Kemunculan buaya yang sempat dirakam penduduk di Sungai Batu Pahat.
Kemunculan buaya yang sempat dirakam penduduk di Sungai Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Persatuan Nelayan Daerah Batu Pahat mengakui kewujudan buaya di Sungai Batu Pahat bukanlah perkara asing kerana mereka kerap bertemu dengan reptilia tersebut di sungai berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Shukor Jaffar berkata, terdapat beberapa jenis buaya di Sungai Batu Pahat dan sungai sekitarnya seperti Sungai Simpang Kiri, Parit Sulong dan Sungai Simpang Kanan, di Bindu yang merupakan habitat reptilia ini.

“Ini termasuklah buaya tembaga yang tular sejak beberapa hari lalu dan bagaimanapun, sehingga sekarang tidak ada sebarang kemalangan jiwa membabitkan nelayan dan penduduk setempat, cuma ada beberapa laporan yang melihat kelibat ini ‘sang bedal’ ini.

“Namun, buaya yang tular beberapa hari lalu itu agak besar berbanding buaya kami (nelayan) temui sebelum ini yang saya anggarkan panjangnya mencecah lima meter dan saya juga meminta ahli persatuan supaya berhati-hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau juga meminta ahli Persatuan Nelayan Daerah Batu Pahat dan orang ramai untuk tidak mengganggu reptilia berkenaan, sebaliknya terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa sekiranya ada melihatnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Razali Mohd Tahir berkata, selepas video buaya tersebut tular di media sosial, tiada sebarang laporan diterima berkaitan kemunculan buaya di Sungai Batu Pahat sehingga kini.

Kelmarin, tular rakaman video berdurasi 35 saat menunjukkan seekor buaya tembaga timbul di permukaan Sungai Batu Pahat yang didakwa turut menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk setempat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!