LTTE: Dua individu didakwa di Pulau Pinang

Thanagaraj, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE. - Foto Bernama
Thanagaraj, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE. - Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasingan di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tertuduh pertama, M Pumugan, 29, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki item yang berkaitan dengan LTTE di dalam sebuah telefon bimbit di parkir hadapan sebuah pejabat dan melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130 JB(1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda dan dilucutkan hak mana-mana ke atas item yang dimiliki.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama pada tarikh yang sama pada jam 4.15 petang di sebuah rumah di Jalan Juru di sini.

Sementara itu, dalam kamar berasingan, seorang penjaga stor turut didakwa atas kesalahan sama di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak di sini pada 12 Oktober lalu.

Tertuduh, S Thanagaraj, 25, didakwa melakukan kesalahan itu jam 11 pagi hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Bagi pertuduhan kedua, Thanagaraj didakwa melakukan kesalahan yang sama di sebuah rumah di Taman Sejahtera di sini kira-kira jam 11 pagi.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah tidak menawarkan sebarang wang jaminan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Disember ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!