'Saya sempat pegang tangannya sebelum dia tenggelam'

Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja mencari mangsa di lokasi di Sungai Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja mencari mangsa di lokasi di Sungai Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus
A
A
A

KUALA NERUS - "Saya hanya sempat pegang tangan sebelum dia tenggelam," demikian kata Muhammad Safin Aiman Ropu, 14, rakan kepada pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu, Daniel Danish Mohd Jasmin, 14, yang dikhuatiri lemas di sungai Kampung Seberang Tuan Chik di sini petang tadi.

Menurut pelajar dari SMK Bukit Tunggal itu, dia bersama empat lagi rakan termasuk mangsa pergi ke sungai itu untuk memancing dan mandi kira-kira jam 2.30 petang.

Katanya, bagaimanapun beberapa minit kemudian ketika mandi di tebing sungai, mereka menyedari Daniel Danish semakin ke tengah sungai dan gagal berpatah balik kerana arus kuat.

Rakan mangsa, Muhammad Safin Aiman Ropu, 14
Rakan mangsa, Muhammad Safin Aiman Ropu, 14

"Saya hanya sedar dia sudah dibawa ke tengah sungai selepas mendengar dia meminta tolong dan saya terus cuba menyelamatkannya tetapi hanya sempat pegang tangan kerana dia terus tenggelam.

"Melihat dia tenggelam tidak timbul-timbul, saya bersama tiga lagi rakan lain pergi mendapatkan bantuan penduduk berhampiran sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, seramai 14 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.10 petang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diperluaskan pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!