Kes cabar kedudukan sekolah vernakular didengari Isnin depan
![Gambar hiasan](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/10/29/508318.jpg)
PUTRAJAYA - Permohonan peguam yang memfailkan notis usul bagi mencabar kedudukan sekolah vernakular akan didengar di Mahkamah Persekutuan Isnin depan.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Shaharuddin Ali yang mewakili Mohd Khairul Azam dalam permohonan tersebut.
"Tarikh tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan tengah hari tadi dan mahkamah turut memerintahkan pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis dan ikatan autoriti sebelum 1 November," katanya.
Rabu lalu, Mohd Khairul yang juga Naib Presiden Parti Putra memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharuddinali & Co di sini.
Dalam permohonannya, Mohd Khairul mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi kuasa budi bicara kepada Menteri Pendidikan bagi menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT).
Ini kerana katanya, Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa sedemikian.
ARTIKEL BERKAITAN: Peguam persoal kuasa menteri tubuhkan sekolah vernakular
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!