DAP sudah serah surat tunjuk sebab kepada Ronnie

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Disiplin DAP mengesahkan telah menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya kini hanya menunggu respons daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu.

“Prosesnya sekarang adalah memberi surat tunjuk sebab dan selepas itu dia akan balas dan selepas itu barulah kita buat keputusan.

“(Surat tunjuk sebab dah beri?) Sudah diberi dan kita menunggu respons darinya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya adakah Setiausaha DAP Selangor itu diberi tempoh masa untuk membalas surat tersebut, Chieng Jen menegaskan pihaknya telah menetapkan satu tempoh untuk Ronnie.

“Ada tapi saya tidak mahu bincangkan perkara itu,” katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke merujuk Ronnie kepada jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataannya bahawa Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa Bersatu.

Bahkan, Ronnie turut memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu sering membuat keputusan yang bercanggah dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

Tindakan Anthony Loke disambut baik Armada di mana Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berterima kasih kepadanya kerana mengambil tindakan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronnie yakin tidak bersalah, sedia berdepan jawatankuasa disiplin

Ronnie jangan melampau: Abu Bakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!