Monyet belai anak mati 10 hari
AFRIKA SELATAN - Satu rakaman video menyayat hati tular di media sosial memaparkan seekor monyet dewasa masih memegang dan memangku bayinya yang telah mati 10 hari lalu.
Monyet vervet itu dirakam ketika rombongan pelajar dari sebuah akademik di Afrika Selatan dan mereka memberitahu, ia momen paling menyedihkan.
Daily Mail melaporkan, anak monyet masih bayi itu telah kaku, kering namun masih dijaga elok oleh si ibu.
Menurut pelajar akademik, Tracey Mobley, suasana itu cukup menyedihkan.
"Saya lihat si ibu cuba meletakkan anaknya di dahan pokok seolah-olah suruh bergerak, tetapi anak itu sudah mati. Ia sesuatu yang menyedihkan untuk ditonton.
"Bayi itu dipercayai mati selepas dilahirkan dan ia memberi kesan mendalam kepada si ibu apabila mengetahui apa yang dimiliki sudah tiada," katanya.
Difahamkan, bayi monyet itu dilahirkan pramatang dan sukar untuk hidup dalam jangka masa panjang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!