Ramai lagi pemimpin sokong kumpulan pengganas LTTE?

Hantaran Najib yang dimuat naik kira-kira jam 7 petang tadi telah pun meraih 7,700 tanda suka dan dikongsi 440 kali oleh warganet.
Hantaran Najib yang dimuat naik kira-kira jam 7 petang tadi telah pun meraih 7,700 tanda suka dan dikongsi 440 kali oleh warganet.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian terbaru bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya dengan memberi gambaran lebih ramai lagi pemimpin memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mendapat perhatian netizen.

Najib dalam hantaran di Facebooknya turut memuat naik sehelai kertas pertuduhan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran yang didakwa di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh atas dakwaan memberi sokongan terhadap kumpulan pengganas LTTE pada 28 November tahun lalu.

"Ini kertas tuduhan mahkamah ADUN DAP. Dia didakwa oleh kerajaan PH kerana disyaki telah memberi sokongan kepada LTTE.

"Kalau tak silap, ada juga banyak gambar-gambar dan video-video menteri-menteri, Timbalan Ketua Menteri dan ADUN-ADUN lain dari satu parti politik tertentu yang juga telah memberi sokongan kepada LTTE.

"Nama-nama mereka saya dah (pura-pura) terlupa. Polis tak nak siasat mereka?" tulis Najib di Facebooknya.

Antara reaksi netizen terhadap hantaran Najib di laman sosial Facebooknya.
Antara reaksi netizen terhadap hantaran Najib di laman sosial Facebooknya.

Perkongsian Najib yang baru sahaja dimuat naik kira-kira jam 7 petang itu kini tular di media sosial dan kini meraih 7,700 tanda suka serta dikongsi 440 kali oleh warganet.

Rosmilla Roslan menulis, "Saya tersangat berpuas hati dengan hantaran Datuk Seri Najib ini. Sangat jelas untuk pengetahuan masyarakat negara ini..terima kasih Dato Seri Najib yang disanjungi."

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih Datuk Seri Najib, dari dulu sampai sekarang tak henti-henti menyalurkan maklumat sahih dan benar. Sekiranya Datuk tak bangun untuk berjuang pasti ramai yang jadi mangsa penipuan." kata Rosly Mohd Ali di Facebook.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!