Ibu dituduh dera bayi gara-gara lukis kening tebal

Danielle melukis kening tebal pada bayinya.
Danielle melukis kening tebal pada bayinya.
A
A
A

SCOTLAND - Gara-gara melukis kening tebal pada bayinya, seorang ibu bukan sahaja dikecam netizen namun ada pihak yang menuduhnya mendera bayinya itu.

Danielle McSherry-Schee, 27 dari Fife, Scotland telah melukis kening berwarna coklat gelap pada anaknya, Isabella yang berusia enam minggu ketika bayinya itu sedang tidur.

Danielle berkata, dia telah berkongsi gambar tersebut di Facebook miliknya yang pada mulanya untuk memberi memberi 'pengajaran' kepada anaknya yang sedang tidur, namun kemudiannya dia mengaku berbuat demikian kerana mahu melihat anaknya mempunyai kening tebal.

"Isabella mempunyai rambut yang cerah dan tidak memiliki bulu kening. Saya sering membayangkan wajahnya apabila mempunyai kening.

"Suatu hari saya rasa hendak melukis pada wajahnya dan selesai melukis saya tidak boleh berhenti ketawa sehingga membuatkan Isabella terbangun dan saya segera mengambil gambarnya.

"Tetapi bukan semua orang berpandangan seperti saya yang niat hanyalah untuk bergurau malah mereka menuduh saya melakukan penderaan terhadap anak saya," lapor mirror.co.uk memetik sumber sebagai berkata.

Danielle bersama bayinya, Isabella.
Danielle bersama bayinya, Isabella.

Namun Danielle berkata, dia tidak melihat tindakannya itu merupakan satu kesalahan malah mendakwa tidak menyesal dan akan melakukannya semula.

Artikel Berkaitan:

"Ada orang komen kata saya dera dia seolah olah saya melakukan suatu jenayah tetapi saya tidak bertujuan begitu dan ada di antara ibu-ibu di ruangan komen mempertahankan saya. Saya akan melakukannya lagi sebab ia adalah kelakar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!