Mayat jutawan disimen, disumbat dalam peti sejuk

Mayat mangsa disimen dengan konkrit lalu disumbat ke dalam peti sejuk.
kanan: Wannee Jiracharoenying sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital. - Foto Viral Press
Mayat mangsa disimen dengan konkrit lalu disumbat ke dalam peti sejuk. kanan: Wannee Jiracharoenying sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital. - Foto Viral Press
A
A
A

BANGKOK - Mayat seorang ahli perniagaan wanita bergelar jutawan dari Thailand yang disimen dengan konkrit ditemukan dalam peti sejuk di rumahnya.

Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying, dilaporkan tidak kelihatan sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.

Abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59, mengambil keputusan mencari adiknya apabila mesej yang dihantar tidak berbalas.

Pihak polis menemukan mayat Wannee pada Ahad lalu susulan aduan jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa.

Kes terbabit kini sedang disiasat dan pada masa sama pihak berkuasa cuba mengesan seorang rakan mangsa yang menghilangkan diri.

Mereka percaya rakan mangsa yang dikenali sebagai Oom itu mampu memberikan maklumat berhubung kematian jutawan berusia 58 tahun itu.

Dalam pada itu, beberapa pengeluaran wang dalam jumlah besar juga dikatakan telah dibuat menerusi akaun bank Wannee selepas kematiannya malah kereta dan kad bank mangsa turut hilang.

Ketua Polis, Jeneral Bundit Tungkhaseranee berkata, pihaknya kini memantau kawasan sempadan untuk memeriksa sama ada Oom telah melarikan diri ke luar negara.

Artikel Berkaitan:

"Kami berpendapat suspek melakukan jenayah tersebut untuk mencuri wang mangsa yang dikhabarkan sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital," kata Bundit.

Mayat Wannee kini telah dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk proses identifikasi dan autopsi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!