[VIDEO] Lelaki cuba burukkan negara sendiri
LONDON - Video yang memaparkan seorang rakyat negara ini memburukkan nama Malaysia di luar negara dengan mengatakan dia dipaksa memeluk Islam ketika berada di negara ini menerima kecaman hebat daripada netizen.
Bagaimanapun video yang berdurasi 2 minit 26 saat itu juga memaparkan seorang lelaki yang bukan berasal dari Malaysia menasihatinya agar tidak memburukkan orang Islam di Malaysia dan Indonesia.
Lelaki itu juga mengetahui bahawa di Malaysia dan Indonesia, rakyatnya tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam dan berterusan membela Malaysia walaupun lelaki terbabit mengatakan dia dipaksa untuk menjadi seorang Islam.
Video tersebut yang dikongsi oleh Muhamad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di Facebook kini meraih 59,000 tontonan dan rata-rata netizen mengecam hebat tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Elisa Ismail menulis, "Kurang ajar betul...Tarik balik sahaja kerakyatan dia. Biar dia pilih nak jadi rakyat apa. Hantar balik karang ke China kata kita ini rasis pula. Dasar tak sedar diri."
"Memalukan dan inilah yang kita panggil dasar orang lupa diri. Dia dah dibesarkan dan bersekolah di Malaysia namun bila di luar negara pula dia memburukkan Malaysia. Ini kalau balik Malaysia ini memang kena tumbuk orang ini kalau bersua di Malaysia," tulis Dinie di Facebook.
Apa nak jadi jika ada warga negara sendiri yang memburukan negara tercinta dengan pembohongan. . Sedang buruk kan terserempak dengan rakyat Malaysia yang lain. . Orang luar yang kenal Malaysia juga membela negara kita. . Cuba komen sikit, apa pandangan anda atas kapisiti orang yang sayang negara. .
Posted by Muhamad bin Abdullah (Ustaz Amin) on Thursday, October 24, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
Bob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
14 pemilik rumah teres terima pampasan RM6 juta
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Tayar lori tercabut punca tujuh maut di Lebuhraya PLUS
4 negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas