Dr Zakri dinobat Tokoh Akademik Negara

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke-13 malam ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri). - Foto Bernama
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke-13 malam ini. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri). - Foto Bernama
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke 13 sebentar tadi.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Prof Datuk Dr Abdul Khalil H P Shawkataly (Bidang Sains) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof Dr Sherina Mohd Sidik (Bidang Sains Sosial dan Sastera) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal dan Prof Dr Lai Oi Ming dari UPM menerima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk.

Bagi Anugerah Seni dan Kreatif, dianugerahkan kepada Dr Ang Mei Foong (Kelompok Seni Persembahan) dari UPM; Prof Madya Jalaini Abu Hassan (Kelompok Seni Visual) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM); dan Prof Madya Dr Kamariah Kamarudin (Kelompok Penulisan Kreatif) dari UPM.

Sementara, Dr Shahreza Md Sheriff (Kelompok Sains Kegunaan) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima Anugerah Pengajaran dan Prof Madya Dr Oon Chern Ein dari USM menerima Anugerah Ahli Akademik Harapan.

Anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada para cendekiawan Malaysia yang telah banyak menyumbang dalam melonjakkan nama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!