Tokoh pendidik Selvamany meninggal dunia di Ipoh

Selvamany
Selvamany
A
A
A

IPOH - Pesara tokoh pendidik, Datuk Seri N.S. Selvamany meninggal dunia di kediamannya di sini pagi ini pada usia 93 tahun.

Kematian bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di sini selama 20 tahun itu disahkan oleh Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

"Dengan rasa teramat sedih, warga Anderson malah seluruh negara kehilangan seorang tokoh ulung, seorang guru yang unggul, yang menyahut panggilan Tuhan pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Annuar yang juga anggota Dewan Negara Perak, Selvamany yang berasal dari Batu Gajah dinamakan Tokoh Guru Perak dan Tokoh Guru Kebangsaan masing-masing pada 1996 dan 1997.

Dalam kalangan pelajar Selvamany yang lebih dikenali ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan bekas Ketua Hakim Negara Singapura, Chan Sek Keong.

"Kepada mu tuan, ingatan kasih sayang, dan terima kasih kami kerana membimbing dan melayani kami semua, pelajar tuan dari pelbagai latar belakang agama dan etnik sebagai anak-anak mu,” kata Annuar, dan menyatakan upacara terakhir akan diadakan sama ada pada Jumaat atau Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!